Followers

Tuesday, February 21, 2012

meh sedekahkan Al Fatihah kpd Allahyarham Latiff Ibrahim


                                LATIF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

                                           
                                                   latif ibrahim

PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal duniadi Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasukpenyakit jantung.
Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin.
Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.
Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.
Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. -

No comments:

Post a Comment